Laman Utama

Pengurusan Pentadbiran

PKTMK telah membangunkan sistem aplikasi pentadbiran yang bersepadu yang kepada staf UNIMAS yang merangkumi 3 sistem utama seperti berikut:

Integrated Financial Accounting System (IFAS)



IFAS merupakan sistem kewangan yang berasaskan web dan digunakan secara menyeluruh di UNIMAS. Sistem ini membantu keperluan Pejabat Bendahari dalam mentadbir dan mengurus sumber kewangan dan perakaunan UNIMAS setiap tahun secara cekap dan telus dimana kawalan ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan.

Sistem kewangan ini juga menjadi nadi bagi segala pengurusan kewangan termasuk simpanan tetap, kawalan peruntukan bajet, pengurusan aset dan inventori serta kemudahan penyelarasan kewangan pelajar.

Antara modul-modul utama yang menjadi fokus IFAS adalah seperti berikut :-

  • Purchasing
  • Account Receivable
  • Account Payable
  • General Ledger
  • Commitment Control
  • Asset Management and Inventory
  • Payroll Interface thru Human Capital Management (HCM)
  • Online Claim (Perjalanan Dalam Negeri & Syarahan/Tutorial Sambilan)
  • Student Financial (PraUniversiti, PraSiswazah, Siswazah & Hal Ehwal Pelajar (Tatatertib dan Tajaan))
  • UNIMAS Online Payment Gateway (Prasiswazah, Siswazah, Konvokesyen, Persidangan/Bengkel/Seminar & Hal Ehwal Pelajar)

Bagi pengurusan perakaunan utama, akses sistem IFAS diberikan kepada semua staf di Pejabat Bendahari manakala bagi pentadbiran PTJ, akses hanya diberikan kepada beberapa staf yang telah diarahkan dan dipilih oleh pihak pengurusan di PTJ masing-masing. Permohonan akses hanya boleh dilakukan oleh pegawai P&P melalui ICT Service Desk.

Akses kepada pelajar adalah terhad dengan laluan integrasi melalui ePelajar dan eDaftar sahaja.


Human Capital Management System (HCMS)


HCMS merupakan satu daripada sistem utama pentadbiran universiti yang disediakan oleh PKTMK untuk membantu aktiviti pentadbiran pengurusan sumber manusia di UNIMAS. Dengan adanya HCMS, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia serta PTJ lain yang berkaitan dengan urusan pentadbiran pengurusan sumber manusia mampu menjalankan fungsinya dengan lebih efektif dan efisien.

Aktiviti berkaitan pengurusan sumber manusia yang dikendalikan melalui HCMS setakat ini adalah seperti berikut:

  • Perjawatan dan Pembangunan Organisasi
  • Kenaikan Pangkat
  • Pengurusan Perkhidmatan
  • Pembangunan Modal Insan
  • Pengurusan Cuti Belajar
  • Emolumen
  • Kemudahan Perubatan
  • Payroll

Antara modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini adalah:-

  • Employee Self Service (Maklumat Peribadi, Payslip, EC Form, LNPT, PTK, Maklumat Pergerakkan Gaji, Ringkasan Kemudahan Perubatan)
  • Recruiting
  • Workforce Administration
  • Benefits
  • Compensation
  • Global Payroll
  • Workforce Development
  • Organizational Development
  • Enterprise Learning
  • Administer Study Leave
  • Modul PTK Akademik*
  • Modul PTK Bukan Akademik*
  • Penilaian Prestasi Tahunan
  • Kenyataan Perkhidmatan
  • Modul eHarta
  • Anjung MyMohes
  • Modul eDeduction
  • Modul e-Overtime
  • ePrestasi Akademik
  • ePrestasi Bukan Akademik
  • myCV
  • ePangkat
  • Jobs_unimas
  • hrRecruit

Nota :  * Modul tidak lagi aktif

Capaian kepada modul-modul ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:

  1. Capaian untuk semua staf,
  2. Capaian staf akademik sahaja,
  3. Capaian staf pentadbiran,
  4. Capaian pentadbir sistem
  5. Capaian teknikal.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan dengan perkhidmatan HCMS boleh disalurkan melalui ICT Service Desk.


Integrated Research Information System (IRIS)


IRIS dibangunkan untuk kegunaan para penyelidik, pensyarah dan staf Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RIMC) serta Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan  bagi memasukkan dan menyimpan semua maklumat mengenai penyelidikan yang dilakukan di UNIMAS. Selain itu, penyediaan data dan laporan-laporan yang sistematik kepada pihak yang memerlukan terutamanya pihak pengurusan UNIMAS dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Antara modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini adalah:-

  1. Modul Research (Penyelidikan)
  2. Modul Seminar(Seminar/Ekspo/Conference/Bengkel)
  3. Modul Intellectual Property(Harta Intelek)
  4. Modul Commercialization (Pengkomersilan)
  5. Modul Thesis (Tesis)
  6. Modul Laporan
  7. Modul Perundingan

Akses IRIS hanya diberikan kepada penyelidik, pensyarah UNIMAS serta pusat-pusat berkaitan.