Pengurusan Eksekutif

Sistem yang dibangunkan untuk menyokong urusan pentadbiran dalam melaksanakan perancangan dan keputusan untuk kemajuan universiti. Modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini adalah:-

Intelligent Mining and Decision Support System (InMinds)

Intelligent Mining and Decision Support System (InMinds) adalah merupakan sistem yang membolehkan analisa maklumat dilakukan kepada pelbagai sistem sedia ada. Sistem InMinds diharapkan dapat membantu pihak pengurusan UNIMAS dalam membuat keputusan yang lebih cepat dan baik kerana maklumat yang diperlukan lebih mudah diperolehi. Aplikasi InMinds terbahagi kepada 3 Fasa iaitu:

  1. InMinds I – Akademik
  2. InMinds II – Pengurusan
  3. InMinds III - Penyelidikan

InMinds I – Akademik

Fasa ini merangkumi kemudahan analisa melalui statistik kemajuan pembelajaran dan penilaian program, pemantauan keperluan staf akademik, kemasukan dan pengraduatan pelajar serta pemantauan pencapaian akademik dan kemudahan pelajar.

Capaian kepada InMinds, buat masa ini dihadkan kepada Naib Canselor (NC), Timbalan-Timbalan Naib Canselor (TNC), Dekan serta Timbalan-Timbalan Dekan (TD) di fakulti dan Pusat Pengajian Bahasa. Selain daripada itu Bahagian Jaminan Kualiti turut memainkan peranan penting selaku pemilik sistem InMinds.

InMinds II – Pengurusan

InMinds II merangkumi keperluan analisa maklumat pengurusan dan pentadbiran pula. Ia diharapkan dapat membantu pihak pengurusan UNIMAS dalam membuat keputusan yang lebih tepat dan baik, memberi amaran jika berlaku masalah serta membantu dalam meninjau peluang-peluang yang ada. Susulan daripada itu akses kepada InMinds Fasa II turut diperluaskan kepada Ketua PTJ, tetapi dihadkan untuk Timbalan-Timbalan Dekan bagi menjaga sensitiviti maklumat tersebut. Fasa ini dimiliki oleh Pejabat Pendaftar.

Capaian kepada InMinds Fasa II, dihadkan kepada Naib Canselor (NC), Timbalan-Timbalan Naib Canselor (TNC), Dekan di fakulti dan pusat, Pendaftar serta semua Ketua PTJ. Selain daripada itu Bahagian Jaminan Kualiti turut diberi akses untuk memantau semua data-data pada InMinds tetapi dihadkan untuk memantau statistik tanpa ada kemudahan drill down.

InMinds III - Penyelidikan

Pembangunan fasa terakhir iaitu Fasa III menjurus kepada skop penyelidikan. Ianya membantu dalam penyediaan maklumat yang akan memudahkan pemantauan data penyelidikan agar ia lebih teratur, telus dan memudahkan perancangan jangkamasa panjang dalam  meningkatkan kualiti mutu penyelidikan itu sendiri.

Sasaran pengguna adalah untuk kegunaan Naib Canselor, semua Timbalan Naib Canselor, Dekan Fakulti, Pengarah Institut, Pengarah PPPI  dan Timbalan Dekan Pascasiswazah & Penyelidikan Fakulti.

Akses kepada InMinds

Setiap pengguna yang ingin mengakses kepada InMinds perlu mempunyai akses kepada Anjung UNIMAS. Sekiranya belum berbuat demikian, maka permohonan perlu dibuat melalui aplikasi ICT Service Desk. Selain itu, pengguna perlu menggunakan Internet Explorer (IE 6 dan ke atas) dan memastikan Adobe SVG telah di install serta IE Security telah disetup. Sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan, pengguna boleh merujuk kepada staf teknikal PTJ untuk sebarang bantuan berkaitan.

Performance Management System (PerforMS)


Performance Management System (PerforMS) merupakan sistem bersepadu yang menyediakan kemudahan pemantauan prestasi Pengurusan Tertinggi UNIMAS melalui penunjuk-penunjuk aras yang yang telah ditetapkan. Dashboard Pengurusan menyediakan maklumat bersejarah dan semasa dalam bentuk KPI dan Logical Framework; dimana ia membolehkan UNIMAS dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya supaya penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan.

Sistem ini dibangunkan bagi memenuhi objektif seperti berikut:

i)            Membolehkan pemantauan prestasi aktiviti dilaksanakan secara berpusat
ii)           Memudahkan pemantauan pencapaian KPI
iii)          Menyediakan statistik bagi tujuan laporan MyRa, CAPs, PIN, Area of Emphasis dan Staff Commitment
iv)          Membolehkan pemantauan penggunaan peruntukan kewangan semasa

Sasaran Pengguna adalah terdiri daripada Pengurusan Tertinggi UNIMAS, Dekan Fakulti / Pusat dan Ketua Jabatan.

Setiap pengguna yang ingin mengakses kepada InMinds perlu mempunyai akses kepada Anjung UNIMAS. Sekiranya belum berbuat demikian, maka permohonan perlu dibuat melalui aplikasi ICT Service Desk. Selain itu, pengguna perlu menggunakan Internet Explorer (IE 6 dan ke atas) dan memastikan Adobe SVG telah di install serta IE Security telah disetup. Sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan, pengguna boleh merujuk kepada staf teknikal PTJ untuk sebarang bantuan berkaitan.

Bagi pengguna selain daripada pihak QAD, Pengurusan Tertinggi, Dekan dan Ketua Jabatan, ID dan katalaluan untuk mengakses kepada PerforMS perlu diperolehi daripada Unit Pentadbiran PTJ masing-masing atau pihak QAD.